Saturday, February 4, 2017

Assalamualaikum...selamat sejahtera..maaf baru sempat berblog...

Buku 1: Siri 1: Era Perubahan Eropah dari Zaman Gelap: Renaissance: Kelahiran Semula adalah karya ilmiah pertamaku yang telah diterbitkan..

Buku ini dibahagikan kepada 6 bab:

Bab 1: Pengenalan

Bab 2: Sejarah awal kemasukan Islam

Bab 3: Kesedaran dan perkembangan intelektual

Bab 4: Letusan Teknologi dalam Kebangkitan Renaissance

Bab 5: Perkembangan Perdagangan

Bab 6: Renaissance di Eropah dan kejatuhan Islam...

Bagi Siri 1 ini aku ingin mengupas sedikit mengapa aku menulis buku ini?

Tamadun Eropah adalah semua tamadun yang maju dalam pelbagai segi...namun bilakah kemajuan ini bermula?

Eropah yang kita kenali sekarang sebenarnya hanya sebuah tamadun muda yang baharu muncul di pentas dunia...sekitar abad ke-16...
Sebab itu kita belajar tentang Portugis jajah Melaka sekitar 1511...
sebab mereka baharu sahaja muncul sebagai tamadun maju ketika itu...

Tamadun Islam pula bilakah muncul?

Tamadun Islam muncul bermula Hijrah Nabi Muhammad s.a.w. ke bumi "Yathrib" yang kemudiannya ditukar nama kepada Madinah...sekitar abad ke-7...

seterusnya selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w...4 orang khalifah yang juga sahabat utama Baginda telah melebarkan pengaruh merentasi Empayar Rom dan Parsi...

Namun..belum ada kaitan geografi dengan Eropah moden...jadi apa kaitan Islam dengan Eropah di sini?

Kaitannya bermula pada zaman pemerintahan Bani Umayyah tahap 2 yang berpusat di Cordova di Sepanyol selepas pemerintahan dunia Islam diambil alih oleh kerajaan Bani Abbasiyyah di Baghdad, Iraq.

Pemerintahan Bani Umayyah Tahap 2 inilah yang menjadi jambatan penghubung secara geografinya antara Islam dengan Eropah yang menjadi katalis utama untuk aku menyambung penulisan buku ini...

katalis utama aku ini adalah melihat hubungkait antara Tamadun Islam dan Tamadun Eropah yang kelihatannya terlampau dibangga-banggakan oleh umat manusia hari ini..tak kira Timur maupun Barat...

wallahua'lam...

In shaa Allah bersambung...

No comments:

Post a Comment